
Bismillah
5 Nasihat Luqman Hakim kepada anaknya ;
1) Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan saja kerana manisnya sesuatu dan janganlah langsung memuntahkan pahitnya sesuatu, kerana manisnya belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
2) Hai anakku, bergaul rapatlah kamu dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya hati ini akan tenteram mendengarkan nasihatnya, berilah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
3) Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isi dari taqwa itu adalah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah SWT.
4) Dan senantiasa berharap kepada Allah SWT dijauhkan tentang hal-hal yang menyebabkan kita ingkar atas perinta Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar rasa takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.
5) Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sadar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT.
Hijrah Niqab❤️
AuraHanan - Hijab Niqab