
Awak. Orang jahat pun suka benda yang baik tau. Dia tak akan pilih yang buruk untuk dirinya . Apatah lagi orang yang baik. Seburuk-buruk manusia yang pernah melakukan khilaf juga pasti ada di dalam hatinya niat untuk melakukan kebaikan. Itu memang sifat manusia kerana semua manusia sememangnya dilahirkan dengan jiwa yang bersih lagi putih. Sebenarnya jalan untuk berubah terbentang luas. Tetapi perkara yang paling sukar bagi manusia adalah hendak berubah. Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu sebelum berjihad untuk syiar agama . Berat nanang tak ?
Perubahan melibatkan SIKAP DIRI dan MINDA seseorang. Perkara pertama yang perlu dibuat untuk berubah adalah menyucikan jiwa dan hati. Gelas yang penuh dengan keladak tak akan dapat menerima kejernihan air yang suci warnanya . Malahan air yang suci tadi akan turut terkena tempias keladak . Terdapat banyak cara untuk menyucikan jiwa . Antara mahu atau tidak manusia itu mahu berubah .
Berubah atau tidak itu kerja Allah. Hidayah itukan milik Allah swt . Sesungguhnya hati kita milik Allah . Benar kita tidak boleh memaksa diri kita atau sesiapa pun untuk berubah . Jika kita pernah melakukan kesalahan sesama manusia belajarlah untuk memohon maaf padanya . Dan juga belajarlah untuk memaafkan semua manusia yang pernah membuat kesalahan dengan kita. MAAFKAN dan LUPAKAN. Kunci ketenangan itu adalah memaafkan . Kunci kebahagaian itu adalah kesyukuran .
Cakap memang mudah, nak buat tu bukan senang. Semua tahu benci adalah sifat syaitan. Selagi mana syaitan masih ada di dalam hati sinar keredhaan susah hendak menerangi. Benci memancarkan magnet benci. Maaf memancarkan magnet maaf . Sayang memancarkan magnet kasih dan bahagia . Manalah boleh datangnya kasih sayang jika telah dipancarkan magnet kebencian dalam kehidupan ini . Begitulah aturan medan positif dan negatif yang Allah swt berikan dalam kehidupan ini yang sering menolak dan menarik antara satu sama lain. Berdoalah agar Allah menggerakkan kita untuk berubah . Segalanya yang berlaku pasti ada hikmah dan asbab .
Buang sifat EGO sifat mazmumah dalam diri. Semua tahu bahawa makhluk hidup di alam semesta ini adalah hamba Allah. Niqabis juga hamba Allah. Seorang hamba tidak melebihi dari tuannya dan tidak mampu memiliki apa-apa selain apa yang telah diberi tuannya. Manusia adalah makhluk yang diangkat darjatnya sebagai KHALIFAH Allah. Seorang khalifah diberi TANGGUNGJAWAB berat dimuka bumi ini . Untuk memakmurkan kehidupan di dunia dan juga akhirat . Berat tak pikul tanggung jawab ? Adakah kita dah laksanakan semua yang kita wajib TANGGUNG? Atau jika tidak JAWAB lah dekat akhirat nanti . Jangan kata tiada siapa yang ingatkan .
Perbaikilah diri dengan sentiasa menyalakan KEKOSONGAN JIWA itu dengan ILMU di dada. llmu itu Nur dan Cahaya. Ilmu tidak akan tampil bagi yang tidak mencarinya . Ingat pepatah ini,
"Ilmu itu didatangi dan bukan mendatangi"
Ilmu tidak akan sampai kepada dada yang hatinya gelap . Lampu tak akan dapat menyuluh kegelapan malam jika tiada sinaran cahaya padanya. Begitulah ilmu juga tidak akan bermakna jika tidak disertakan dengan amalan. Amalan yang ISTIQOMAH inilah yang dapat memberi kekuatan rohani dan jasmani kepada diri seseorang . Amalan ini juga dapat memberi kekuatan kepada seseorang. Ramai orang kuat fizikal badannya , tapi lemah mindanya , jiwanya , emosinya dan nuraninya . Kerana ilmu tanpa amalan ibarat pohon yang tidak berbuah .
Nak berubah tidaklah susah dan tidaklah pula mudah . contohnya Niqab, Mudah bagi yang ber MUJAHADAH. Ujian Allah pasti ada kerana dengan ujian baru manusia akan sentiasa beringat dan kembali pada Allah. Yang tak berubah pun turut diuji lagikan yang ingin berubah kannnn. Maka tetapkan pendirian dan bukan usaha separuh jalan. Tips , amalan yang baru jika diamalkan selama 44 hari secara rutin . Sebenarnya adalah untuk menjadikan diri kita imun pada perkara tersebut . Lama-lama terbiasa terus. Biasakan lakukan perkara yang baik . Pastikan diri kita hari ini adalah lebih baik dari semalam . janganlah kita masih lagi sama dengan 5 tahun lepas . Sebaiknya upgrade level kehidupan ini. Upgrade Iman Upgrade Kehidupan . Mungkin berniqab boleh menjadi permulaannya. Boleh ke boleh ?
Hijrah Niqab❤️
AuraHanan - Hijab Niqab