WORLDWIDE SHIPPING - LIMITED TIME OFFER 10% OFF SHOP NOW

KAWAN YANG WANGI

KAWAN YANG WANGI

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna sehingga pernah satu ketika Allah menyuruh sekalian malaikat sujud kepada Nabi Adam AS. Disebabkan peristiwa itu juga Azazil makhluk yang paling taat beribadah bertukar menjadi sehina-hina makhluk. Semulia-mulia nama bertukar kepada sehina-hina maksud. Azazil bertukar menjadi Iblis.


Manusia memang cukup sempurna, akalnya, jasadnya, sifatnya, malahan kewujudannya. Tetapi…begitu mudah hatinya dicemari. Yang putih jadi hitam. Yang bersih jadi kotor. Yang dimuliakan jadi yang dihinakan. Hilanglah kesempurnaan. Terbukti apabila Adam dan hawa memakan buah Khuldi.


Memang itu sifat manusia, memang begitu skrip drama perancangan Allah yang telah di kisahkan hingga kini untuk dijadikan iktibar. Kesempurnaan jika tidak didatangkan dengan ujian bagaimana kita hendak tahu betapa sempurnanya ia. Hati manusia itu sifatnya "fragile" berbolak- balik. Namun, manusia diberikan "sesuatu" yang membolehkan manusia dilabelkan sebagai sempurna. Kebolehan untuk menapis iaitu MEMILIH !


Kita boleh memilih, untuk memakai niqab atau tidak, untuk menjadi baik atau jahat, menjadi lembut atau kasar, menjadi bersih atau kotor, sedangkan sifat ini tiada pada makhluk Allah yang lainnya. Malaikat sudah ditetapkan sifatnya, jin juga begitu, haiwan apatah lagi.


Berhati-hati dalam BERKAWAN ya Niqabis. Benarlah jika kawan dengan si penjual minyak wangi, wangilah kita. Kalau dengan si tukang besi berbaulah kita. Pilih sekawanan yang betul. Makhluk bernama hati ini memang sifatnya mudah terpengaruh. INGAT ! kehebatan manusia adalah boleh MEMILIH ! Bak kata ilmuan jawa ‘LIFE by DESIGN’😜.


Kitalah yang menentukan hala tuju hidup kita . Dengan izin Allah. Baik kawan kita akan baik diri kita. Siapa yang kita berkawan hari ini, menentukan siapa kita pada masa yang akan datang.


Dengan itu pilihlahlah yang terbaik dalam berkawan. Berbaik dengan semua orang tapi bukan semua boleh jadi kawan terbaik kita disaat senang atau susah. Jangan berkawan dengan orang yang diketahui buruknya. Himpit rapat para alim dan orang yang berjaya. InsyaAllah hidup berjaya bahagia dunia akhirat. 


Hijrah Niqab❤️

AuraHanan - Hijab Niqab



Older post