WORLDWIDE SHIPPING - LIMITED TIME OFFER 10% OFF SHOP NOW

YANG TAK ELOK TU LA HANG SUKA

YANG TAK ELOK TU LA HANG SUKA

MUJAHADAH DAN NIQAB


Lumrah manusia yang dilarang itu yang disukai . Sebab itu paling mudah dibuat . Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat disukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kerosakan hatta sekecil zarah pun nampak seperti baik. Seterusnya kita akan menjadi hamba kepada apa dicintai . Ingat dunia ini keindahannya adalah sementara . Sering membawa kita pergi lebih jauh lalai , jika terleka .


Sedar atau tidak . Pernahkah kita berada dalam keadaan yang mana kita dikehendaki meninggalkan larangan agama demi mengikuti tatacara sesuatu perkara? Ada yang sukarela melakukan dan ada pula kerana terpaksa, dan segilintir pula teguh pendiriannya. AQIDAH ! Kuat mana kita berpegang teguh pada tali Allah.Pastinya ini ujian yang bukan mudah .


Adakah beragama itu adalah kehendak manusia yang boleh dipilih? Perlunya MUJAHADAH melawan NAFSU.


Firman Allah ;

Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), Kerana Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyanyang.

(Yusuf:53)


NAFSU itu MAKHLUK tuhan. Sifat yang diberikan Allah kepada manusia. Ada 7 tingkatan nafsu .Terdapat nafsu yang membawa kepada kebaikan dan ada pula nafsu yang memesongkan manusia dari keimanan. Agama telah menyatakan jenis-jenis nafsu dan cara-cara untuk menghadapinya. Salah satu caranya ialah dengan mengurung nafsu melalui pakaian itu sendiri.


Pakaian itu mencerminkan keperibadian seseorang. Begitu juga niqab. Garis panduan agama ada menerangkan tatacara berpakaian berpaksikan panduan Quran dan Assunnah .Cara berpakaian (Niqab) juga boleh membantu sedikit sebanyak di dalam mengawal nafsu seseorang. Sekiranya kita berpakaian baik, kita lebih cenderung untuk menjaga akhlak kita berbanding bila kita berpakaian kurang sopan. Itulah salah satu caranya mengurung nafsu.


Allah berfirman ; 

Wahai anak cucu Adam. Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kalian pakaian untukmenutup aurat kalian dan perhiasan bagi kalian. Tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka ingat.

(Al-A’raf : 26)


Bidadari Allah sekalian, mulai hari ini perbaikilah cara pakaian dan aurat kita . Kita tidak mampu mengubah dunia, namun kita mampu mengubah diri kita. Dalam suruhan agama asbab kebaikan dan hikmah pasti kita akan rasai manisnya nanti. Semoga menjadi niqabis yang istiqomah.


Hijrah Niqab❤️

AuraHanan - Hijab Niqab



Older post Newer post