WORLDWIDE SHIPPING - LIMITED TIME OFFER 10% OFF SHOP NOW

NIQAB - JALAN BERTEMU DIA...

NIQAB - JALAN BERTEMU DIA...

Halnya tentang hijrah Niqab setiap orang pastinya ada sebab dan reason tersendiri mengapa berhijrah atau nak berhijrah.

Hijrah Niqab itu adalah berubah kepada perkara yang lebih baik . Sesuatu tidak produktif kepada produktif . Negatif kepada positif . Dari yang batil kepada yang hak. Yang penting penghijrahan adalah peningkatan dari yang sebelumnya . Penghijrahan mesti 'upgrade' bukan sebaliknya 'downgrade' taraf kehidupan seseorang.

Ramai orang yang ingin berhijrah dengan memakai niqab tetapi tidak jumpa kekuatan untuk berhijrah. Kekuatan datang dari reason dan 'WHY' yang kukuh. Sekiranya anda hidup tidak gembira. Itu adalah sebabnya . Cari punca kenapa tidak gembira. Apakah yang anda cari dalam hidup ini? Fikir sejenak .

Apabila anda tidak menghiraukan masalah yang datang bertimpa . Jika anda rasa dengan tidak menghiraukan itu mampu selesaikan masalah tersebut, ternyata anda silap. Masalah akan menghimpit dan semakin menyesakkan dada dan fikiran. Kerana tiada pengakhiran dan jalan penyelesaian . Kerana musibah itu ada hikmah disebaliknya . Ada yang Allah nak tunjukkan kepada kita apa sebenarnya puncanya agar kita boleh perbaiki daripada sesuatu peristiwa .

Jadikan masalah sebagai pendorong atau push button iaitu trigger untuk berubah kepada yang lebih baik. Allah Maha Mengasihani . Dia tak akan pernah mahu membebankan makhluknya tanpa asbab . Melainkan Dia mahu kita kembali padaNya .

DIA mendatangkan musibah, kemudian DIA menyuruh kita mengadu padaNya . Dengan Ar Rahman dan Ar Rahim kita kembali bangkit kuat dalam mengahadapi musibah dalam hidup ini .

Ramai yang telah menjauh hilang tanpa pimpinanNya. Percayalah bahawa Allah menjadikan makhluknya tidak sia-sia melainkan untuk menjadi permata yang sangat berharga. Hargailah kehidupan ini. Hargailah diri kita . Banyak kali dalam penghijrahan itu ada pengorbanan yang kita perlu lakukan. Namun jika kita fahami bahawa perjalanan hijrah ini sebagai perjuangan dalam kehidupan kita pasti akan menang . Perjuangan melawan kejahilan , kebatilan , hawa nafsu dan kesengsaraan .

Hayati ibrah kisah hijrah junjungan Rasulullah S.A.W. Rasulullah kekasih Allah turut diuji dengan kesukaran dan penderitaan. Kita ini siapa dimata Allah?

Kenalilah diri ini untuk kenal sang pencipta. Berusahalah menambah ilmu mendekati Allah. Sikit saja ilmu Allah untuk kita di dunia ini. Ambillah selagi kita boleh lakukannya sepanjang hayat ini . Kita akan goyah pendirian jika kita tidak mengenali potensi diri juga .

Oleh itu kebanyakan dari kita tewas dalam fasa penghijrahan untuk berniqab. Yang mana apabila datangnya kembali dugaan kita sudah kembali pada perkara sebelum hijrah. Diri kita perlu berada dalam kekuatan sentiasa . Janganlah bersendiri dalam misi penghijrahan ini . Jika anda bersendiri anda akan hilang dalam perjuangan. Dapatkan satu kekuatan dan sokongan dalam menghadapi cabaran medan pertempuran ini dalam mujahadah hijrah. Ilmu dan amal menjadi pendinding yang kuat dalam misi penghijrahan .

Hijrah tak akan berhasil sekiranya kita masih punya pengetahuan dan kekuatan yang sama seperti dahulu. Ilmu perlu diusahakan untuk sentiasa bertambah. Amalan yang berterusan perlu dilakukan untuk kita menjadi imun dalam penghijrahan ini. Lantas kemenangan milik kita atas izin yang Maha Esa. Insya Allah.

Letakkan 'Big Why' hidup ini pada Sang Maha Pencipta.
Sahaja aku lakukan ini kerana Allah (Bismillah) . Bermula segala amal dari niat.
Firman Allah s.w.t :
"Ingat lah kamu kepada KU nescaya AKU ingat kepadamu "
(Al-Baqarah : 52)


Hijrah Niqab❤️

AuraHanan - Hijab Niqab



Older post Newer post