
"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Maidah 5:23)
Kadangkala terjadi kes apabila berlaku kematian, ada waris hilang arah. Malah ada yang sampai meroyan lama. Kisah lain pula yang makan racun . Punca hanya kecewa sebab putus cinta. Tak kurang juga yang hidup demi seseorang, apabila seseorang itu sudah tiada atau tidak seperti yang diharapkannya , lalu kecewalah sehingga berputus asa lalu menghadapi kemurungan bermuram durja.
Apakah punca segala permasalahan yang berlaku? Di zaman sukar ini, apabila susah mengapa ada yang hilang arah? Kenapa ada keluarga yang sampai porak peranda? Dah puas berusaha namun tiada hasilnya. Bagaimana usaha itu? Niat bekerja sebab nak berbakti kepada ibu bapa semata-mata. Apabila niat kamu "Aku kerja atas usaha aku semata-mata" kamu akan ditimpa ujian bertimpa- timpa dari Allah. Apabila tiba-tiba dilanda musibah?sudah tidak tahu apa punca. Strategi semua dah betul rasanya? Niqab pun dah pakai. Ye ke? Niat tadi je dah tak betul. Bagaimana Allah mahu redha . Nampak?
Jawapan bagi semua di atas mudah sahaja, bukan pakai niqab sahaja. Apabila kita bergantung harap atau melakukan sesuatu perkara atas sebab makhluk keputusannya adalah sengsara. Mengapa? Makhluk milik Allah. Makhluk sifatnya tidak kekal. Niqab itu boleh saja dibuka bila-bila. Mati itu pasti. Kalau nak buat sesuatu tu buatlah kerana Allah. Allah Maha Esa lagi berkuasa . Bekerja dan belajar kerana Allah. Allah kan ada. Harapkan REDHA Allah saja . Sebagai anak belajarlah bersungguh-sungguh kerana Allah. Ibu bapa pula tanamkan pasakkanlah pada anak supaya lakukan apa saja kerana Allah bukan untuk membalas jasamu nanti bila dia dewasa. Alhamdulillah nanti anak sedar tanggungjawab yang Allah beri untuk gembirakan ayah dan ibu tidak berakhir semasa di dunia saja. Anak pasti sedar untuk berbakti pada orang tua di dunia dan akhirat. Jangan menekan dan wujudkan keadaan tertekan. Jika putus kasih cinta sayang? Dia bukan orang yang Allah pilih untukku. Dilanda musibah? Cukuplah Allah bagiku, hanya Allah bersamaku. Malu dengan Allah.. Allah sentiasa berkati kehidupan kita jika kita minta darinya. Tapi ramai yang tak minta pada Allah .Hari-hari kata nasib baik itu ini.. Kata nasib baik je Allah dah uji kamu dgn ujian yg berat. Tiada nasib. Segalanya adalah takdir dari Allah. Ramai tak sedar . Ramai yang tahu DIA Allah . Tapi tak nak pergi hampir kepada Allah. Ramai yang menjauh. Allah uji tanda dia sayang. Hanya untuk kita balik pada NYA.
Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat kepadamu”
(Al Baqarah: 152)
Janji Allah itu pasti. Allah tidak akan meninggalkan hamba-NYA yang sentiasa mengingati-NYA? Jadi janganlah meletakkan harapan kepada manusia atau sesama makhluk. Nak apa saja ? Betulkan NIAT 😊 Harap redha Ilahi. Usahakan sungguh-sungguh. Doa agar di limpahi keberkatan dan Iman dalam perjalanan menuju Taqwa. Kayalah dunia jua akhirat. Niqabis quote.
Hijrah Niqab❤️
AuraHanan - Hijab Niqab