
Allah swt telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Al-Ankabut:2-3)
Berpurdah / niqab itu mudah. Istiqomah itu yang susah... Keputusan untuk berpurdah dan niqab sememangnya bukan keputusan yang mudah. Ia membawa maksud seolah-olah kita berserah 100% hanya kepada Allah. Segala yang lalu kita tinggalkan semuanya, dan kita berhijrah menjadi manusia yang benar-benar baru..Kalau nak berubah betul-betul mujahadah lakukannya. Mana boleh sekejap buat sekejap tanggal. Allah perlihat akan segala perbuatan kamu. Tepuk dada tanya IMAN (✿◠‿◠)
Ujian sebenarnya datang selepas berniqab/purdah. Berbagai keluh kesah kita akan dengar dari 'Qarin' atau sahabat yang berdamping dalam diri kita. "Susahlah nak makan".
"Kenapalah aku berpurdah, habis lari semua kawan-kawan aku".
. "Dulu kan seronok bebas je" dan bermacam-macam lagi. . Believe me. Put Trust On Allah ! Semakin jauh manusia itu dari Allah, semakin tinggi dugaannya apabila dia berhijrah. Tapi .... Percayalah bahawa kamu dalam jagaan kasih sayang Allah. Semuanya akan bertambah-tambah jadi baik selepas itu ༼ಢ_ಢ༽
Bersesuaian dengan firman Allah, tujuannya hanyalah untuk menapis bagi yang benar-benar beriman dan selayaknya untuk Jannah yang dicipta-NYA.
Hijrah itu mudah, Jalan Mujahadah memang berliku. Istiqomahlah wahai bidadari syurga. Manis itu terletak dihujungnya. Letakkan iman dalam qalbumu dan bukan pada pakaianmu.
Hijrah Niqab❤️
AuraHanan - Hijab Niqab