
Alhamdulillah Natasya Hudson found her right path 😍
💋
'I may not have Dunya wealth , but I have a hidden treassure box so valuable filled with books that are gems to me . I could drown in the ocean of knowledge . Where do we think we are heading if we don't make time to absorb all these lim available to beautify our hearts and polish our souls. " NH
Sabda Rasulullah S.A.W : "Maka sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk memberi kemudahan dan kamu tidak dibangkitkan dalam keadaan menyusahkan" (Riwayat Imam Bukhari no. 6128)
Ramai yang menyangka Islam adalah agama yang menyusahkan dan mengongkong . Mana tidaknya perempuan diwajibkan tutup situ, tutup sini, itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.
Jelas, Islam tidak menyusahkan umatnya malahan memudahkan banyak perkara. Namun, setiap larangan dari Allah itu adalah bersebab dengan penerangan yang teliti bagi yang tidak dihijab untuk temui sinar jawapan.
Bab yang sangat jelas adalah NIQAB atau PURDAH. Tahukah anda TAK WAJIB bagi muslimah untuk berpurdah? Namun bagi yang memilih untuk pakai niqab, mereka memilih jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Itulah pilihan mereka untuk menghidupkan As Sunnah . Inilah pilihan yang dibuat yang merasakan diri terlalu kerdil di mata Allah . Namun ini adalah atas pilihan peribadi diri sendiri . Hanya yang RASA mampu untuk TAHU hikmah disebaliknya. Pemakaian niqab/purdah terlalu indah kerana dapat beri rasa luar biasa indahnya nikmat sebagai makhluk Allah yang mengharapkan keredhaanNya. Pakaian suci ini bukan fesyen yang gojes . Tapi si pemakainya akan sentiasa Ohsem. 😉
Sesungguhnya Islam menyediakan banyak jalan untuk mendekatkan diri pada Maha Kuasa. Pilihlah satu jalan yang terbaik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya sebaik-baik makhluk adalah yang bermanfaat kepada yang lain. Mohon doa agar kita semua pegang teguh pada taliNya.
Hidup beragama bukan ditentukan melalui pemakaian. Ukuran Iman itu dari Ikhlas.
Hijrah Niqab❤️
AuraHanan - Hijab Niqab