WORLDWIDE SHIPPING - LIMITED TIME OFFER 10% OFF SHOP NOW

5 RAHSIA NUBIS NIQABIS INI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU!

5 RAHSIA NUBIS NIQABIS INI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU!


1. Orang akan menilai kita hanya melalui bakat, kelebihan,cara kita bercakap, tingkah laku dan personaliti. Mereka tidak akan menilai kita melalui wajah, cantik atau tidak, fesyen , bentuk tubuh dan berbagai lagi. Jadi tak perlu risau kalau muka secuit ada cela dan bekas jerawat. Orang hanya akan menilai #POTENSI yang kita ada. Segala-galanya dari mata turun ke hati .Melihat dari mata hati itu lebih baik✌️

2. Kalau pergi jenjalan shopping tu, jurujual tak berani kacau langsung. Kita bebas memilih. Orang kadangkala terperanjat atau hanya akan pandang dengan pandangan pelik, tapi lepas itu berlalu pergi. Perasan tak tidak lagi menjadi bahan bualan atau pandangan mata jahat orang itu sangat bahagia sekali.

3. Orang akan berhati-hati dalam berbicara dengan kita. Adakalanya mereka seolah-olah sedang bercakap dengan permaisuri. Wow.perasan la tu👸

4. Strangers akan lebih berhati hati dengan para niqabis. So selamat di situ.

5. Orang tak dapat nak baca perasaan kita. Jadi tak perlu risau lagi kalau nak senyum lebar ke, nak menangis ke, #BEBAS buat reaksi muka sendiri . Senaman muka untuk awet muda pun boleh. Tak ada siapa pun tahu . Kejam tak. Ahahaha

6. Ketika bersin dan batuk para pemakai niqab adalah agen penyelamat dunia No 1. Sebab tiada kuman dan penyakit tersebar secara berleluasa.

7. Niqab juga penapis yang baik untuk habuk, kuman dan lain-lain. Masalah resdung? TIADA

8. Makan di khalayak ramai? Tengah makan tercomot. Diorang tak nampak pun . Ada apa kesah😂

9. Mommy niqabis yang menyusu anak? Mana-mana pun boleh. Orang tak perasan pun. 😗

10. Tertidur dalam public transit ? Yang jenis mulut ternganga? Masih nampak sopan. Masih nampak macam puteri 😬

11. Terserempak kenangan lama? No worries. Dia tak kenal pun 🙄

12. Pasangan tak risau pun bila si isteri dia bersosial secara baik bersama rakan-rakan yang dia kenali. Sebab mereka tahu isterinya tak nak jadi perhatian pun. So..Elak fitnah dan lebih SELAMAT kan

13. Hari panas terik? Risau mekap tu cair? Tak perlu kot mekap tebal-tebal. Light-light je..hahaha. Ladies di sebalik niqab toner dan serum itu wajib pakai untuk aspek penjagaan kulit tau! 😌

14. Memakai niqab membuatkan kita secara automatik ramai yang menilai kita dari akhlak budi pekerti. Jadi kita akan lebih kawal diri untuk menjaga adab dan ciri-ciri muslimah. 😃

15. Part paling best. Tak perlu risau nak ambil masa lama bermekap. Well...Pagi-pagi 5 minit boleh siap. Takdela si suami nak bagi signal suruh cepat lagi.. Suami bertambah sayang sebab sayang dah siap cepat sekarang. Ahaks😍

Yang penting betulkan niat kenapa pakai niqab . Bukan sebab makhluk. Bukan sebab fesyen . Bukan sebab trend semasa .

Paling indah bila kita jaga hak Allah. Allah akan jaga kita. Bahagia sangat tau !


Jom kita upgrade diri kita menjadi lebih baik. Kalau sebelum ini tak pakai stokin dan tutup lengan ke mana-mana. Cuba dulu. Lama-lama nanti terbiasa dan jadi tak biasa pula kalau ada part mana terdedah tu. Malu datang sendiri.


Untuk newbie nubis neqabis boleh buat yang ni dulu je secara konsisten. Dah Istiqomah baru anda boleh yakin nak berninja. Apa kata sama-sama ubah perlahan-lahan... Insya Allah banyak kebaikan akan datang datang dalam masa kita berubah .


Hijrah Niqab❤️

AuraHanan - Hijab Niqab



Newer post